Pengantin tersasul sebut ‘peralatan sekolah’ sebagai mas kahwin #pakdin.my

JAKARTA – Seorang lelaki yang tersasul ketika sedang melangsungkan upacara akad nikah menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini kerana menyebut set peralatan sekolah sebagai mas kahwin, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Instagram bernama @majeliskopi08 itu, kelihatan seorang pengantin lelaki yang lengkap berpakaian serba putih sedang duduk untuk memulakan upacara pernikahannya,

Namun, mungkin kerana terlalu gementar, lelaki itu telah tersilap cakap, lantas menyebabkan semua yang ada di majlis itu tertawa.

“Aku terima nikahnya Yuliana dengan mas kahwin satu set peralatan sekolah,” kata pengantin itu.

Netizen yang turut sama terhibur dengan video tersebut juga turut berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.

“Sebagai seorang lelaki bujang, saya sangat terhibur,” komen seorang netizen.

“Pengaruh pembelajaran secara online, mungkin,” komen seorang netizen lain. – AGENSI

Berkaitan