PENGARAH SYARIKAT PEMBUNGKUSAN MINYAK MASAK DIDAKWA - pakdin.my


Macam GAMPANG boleh tersengih-sengih selepas menyalahguna subsidi mengaut keutungan berganda. Yang kena caci maki dan fitnah, kerajaan. 

PASIR MAS 15 Nov. – Seorang pengarah syarikat pembungkusan minyak masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok sehingga menyebabkan berlaku ketirisan pembekalan bahan keperluan itu, Oktober lalu.

Mohamad Nazri Awang, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di kilang pembungkusan minyak masak Fzlyn Enterprise, Simpang Tiga Geting, Pengkalan Kubor, di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari, 31 Oktober lalu.

Dia didakwa melanggar Peraturan 13(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21(1) peraturan sama serta boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Nurdeenie Abdul Rashid yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh namun lelaki itu memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan.

Hakim Dazuki Ali membenarkan Mohamad Nazri dibebaskan dengan jaminan RM8,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Januari tahun depan.

20161115-pembungkus-minyak-subsidi-pasir-mas-seludup

UTAMABERITAPENGARAH SYARIKAT PEMBUNGKUSAN MINYAK MASAK DIDAKWA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium