Pengasas Rayani Air lafaz syahadah - pakdin.my

PENGASAS Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Ravi Alagendrran, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah pada Isnin 23/9/2019.

Perkara itu disahkan oleh usahawan berusia 52 tahun itu kepada mStar pada Rabu.

Bercakap kepada portal ini, Ravi memilih mengekalkan namanya dan kini dikenali sebagai Ravi Alagendrran Abdullah.

Beliau mengaku mula mengenali Islam sejak mengendalikan syarikat penerbangan patuh syariah itu pada 2015.

“Pengenalan Rayani Air yang beroperasi secara patuh syariah membuatkan saya banyak belajar tentang Islam, sedangkan ketika itu saya sebagai pengasasnya bukan beragama Islam.

“Saya juga banyak bergaul dengan orang-orang Islam yang mana hati saya sedikit demi sedikit mula terbuka untuk mendekati Islam,” katanya kepada mStar.

Ravi berkata, perkenalannya dengan seorang wanita warga Indonesia sejak dua tahun lalu juga banyak membantunya mendalami Islam.

Beliau menambah, sehari selepas memeluk Islam dia bernikah dengan wanita berusia 23 tahun itu, Uci Indah Sari pada Selasa.

“Saya memeluk Islam dan bernikah di Kota Bharu, Kelantan,” katanya.

Rayani Air memulakan operasi sebagai syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia pada Disember 2015.

Bagaimanapun, Ravi membuat pengumuman menggantung operasi Rayani Air berkuat kuasa serta-merta, pada 9 April 2016.

Pada Jun 2016, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air kerana didapati melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan serta pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPengasas Rayani Air lafaz syahadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium