Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas kepada laman web temu janji kontroversi Sugarbook, yang sebelum ini disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, itu ditahan di ibu negara menerusi Ops Sugarbook kira-kira 4.30 petang semalam dan permohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.
“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya, lapor Berita Harian.