Pengawal direman bantu siasatan kes bunuh Intan Suraya - pakdin.my

Di percayai akibat cemburu kerana mangsa mempunyai teman lelaki

suspek-bunuh-intan-suraya

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini mengarahkan seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Pengawal berumur 20an dan bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas itu, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan berkenaan.

Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menahan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun ditemui mati oleh bapanya di kediaman mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar, dengan kesan kelar di leher.

Suspek yang juga kenalan mangsa ditahan polis beberapa jam kemudian bersama pisau yang dipercayai digunakan untuk dalam kes itu.


Suspek bunuh pelajar ditahan

Bayan Lepas: Polis menahan lelaki, awal pagi tadi dipercayai terbabit dalam kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Jurucakap polis berkata, turut dijumpai telefon bimbit mangsa dan suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah.
“Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.
“Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Berita berkaitan https://pakdin.my/intan-suraya-di-temui-mati-dengan-kesan-kelar-di-leher-di-dalam-bilik/

https://www.youtube.com/watch?v=sLoattIGQlM

UTAMABERITAPengawal direman bantu siasatan kes bunuh Intan Suraya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium