BALIK PULAU – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan tingkatan lima di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, dekat sini bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Tarmizi Yaakob, 20, yang tidak diwakili peguam, dibaca di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.
Dia didakwa membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, di dalam rumah Blok 5-1-18 Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Okt lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.
Mayat Intan Suraya, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata, suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh Intan Suraya Mawardi https://t.co/bxMemKyuKo https://t.co/fpWJ32AimG
Pengawal keselamatan dituduh bunuh Intan Suraya Mawardi – pakdin.my https://t.co/kqFAQgpCyj
Pengawal keselamatan dituduh bunuh Intan Suraya Mawardi: BALIK PULAU – Seorang pengawal keselamatan dihadapka… https://t.co/omT3bBjdV6
Pengawal keselamatan dituduh bunuh Intan Suraya Mawardi https://t.co/m6sCDI3xGC
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.