Friday - August 6, 2021 @ 05:54
BERITANASIONALPengawal Keselamatan Tumpas Cubaan Samun Empat Sekawan

Pengawal Keselamatan Tumpas Cubaan Samun Empat Sekawan

Polis memeriksa kereta yang digunakan ole penjenayah

Hajat empat sekawan mencari mangsa samun di parkir kenderaan sebuah kompleks beli-belah di sini tidak kesampaian apabila mereka diberkas pengawal keselamatan kompleks itu dalam kejadian di Bandar Utama malam Rabu.

Saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dalam kejadian 10 malam itu, empat lelaki warga tempatan yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira didapati berlegar-legar di kawasan parkir tingkat empat kompleks tersebut.

Keadaan itu menarik perhatian pengawal keselamatan yang cuba menahan kereta tersebut, namun suspek bertindak memecut laju untuk melarikan diri dan memandu melawan arus kenderaan sehingga melanggar beberapa kenderaan lain, katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

“Akibat terhalang beberapa buah kenderaan lain dan terlalu bergegas hendak melarikan diri, suspek terus memandu sehingga tersangkut di atas pembahagi jalan di parkir berkenaan,” katanya.

Menurut saksi itu empat suspek berkenaan berjaya ditahan sekumpulan pengawal keselamatan yang mengejar mereka sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki suspek disyaki dicuri di Sungai Buloh dan pemeriksaan ke atas kereta berkeaan pula menemui dua bilah parang disimpan di dalam but kereta disyaki untuk tujuan samun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here