29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Didakwa Miliki Ph.d Palsu

Yap Sin Tian

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli membeli ijazah kedoktoran (Ph.d) palsu di Internet.

Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.

“Dalam tempoh beberapa tahun beliau (Yap) telah memperdaya orang ramai termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu. “Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web, Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.

“Selain itu, Yap turut mendakwa beliau mempunyai dua lagi, Ph.d dari Universiti Kesington Amerika Syarikat pada 1993 dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada 1991 di universiti yang sama.

“Semakan kami mendapati Universiti Kesington tidak mempunyai bilik kuliah, tiada makmal mahupun asrama. Ini adalah satu perkara yang pelik. Universiti tersebut hanya memiliki sebuah pejabat kecil di Glendale, California,” katanya.

Bukan itu sahaja, penulis blog tersebut mendakwa universiti berkenaan membenarkan pelajarnya mendapat ijazah sarjana muda hingga Ph.d tanpa perlu hadir dalam sebarang kelas.

“Universiti berkenaan turut didapati mengambil pelajar yang tidak layak dan mereka dikurniakan ijazah kedoktoran dengan hanya membaca majalah dan membuat beberapa laporan ringkas daripada surat khabar.

“Pihak pengurusan juga mengurniakan Ph.d dengan tempoh belajar yang singkat selama empat bulan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, penulis tersebut berkata pihak berkuasa California telah menutup universiti berkenaan pada 1996, selepas mendapat perintah mahkamah.

“Ini jelas menunjukkan Yap secara bangga telah memaparkan Ph.d yang palsu. Laporan mengenai isu universiti ini dipaparkan dalam Los Angles Times.

“Justeru mereka yang meminati Dr Yap perlu bangun dan membuat kajian mengenai karakter individu ini. Maklumat mengenainya sangat mudah diperolehi anda hanya perlu membuat carian di Internet,” ujar penulis tersebut. Dalam kes ini, penulis mendakwa Yap bukan sahaja memiliki satu malah dua Ph.d palsu daripada universiti yang tidak diiktiraf dan telah pun ditutup oleh pihak berkuasa.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan