Pengerusi MyWatch Bekas AJK AMK PKR Ditahan Mengikut POCA - pakdin.my

Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang tadi.

“Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) POCA selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu.

sanjeevan mywatch poca

UTAMABERITAPengerusi MyWatch Bekas AJK AMK PKR Ditahan Mengikut POCA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium