25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Pengerusi sekolah tidak patut salah guna kuasa suruh buka tudung

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Cheiw Swee Tuan (kiri) bersalaman dengan guru mualaf sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman (belakang, kanan) di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Jumaat. Guru mualaf berusia 25 tahun itu dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Cheiw Swee Tuan (kiri) bersalaman dengan guru mualaf sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman (belakang, kanan) di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Jumaat. Guru mualaf berusia 25 tahun itu dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya di Teluk Sengat Kota Tinggi tidak sepatutnya salah guna kuasa mengarahkan guru membuka tudung kerana ianya tidak menyalahi peraturan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak harus menghormati adat, agama dan amalan dan memakai tudung adalah perkara biasa di mana-mana.

“Tidak ada arahan mesti buka tudung. Dalam Islam hukumnya dosa kalau tak pakai. Apa berlaku ini luar biasa,” katanya mengulas kejadian seorang guru saudara baru atau Cina Mualaf yang diminta membuka tudung oleh pengerusi lembaga sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pengerusi terbabit, Pang Ah Ngang dan Guru Besar, Chiew Swee bagaimanapun, membuat permohonan maaf kepada guru terbabit, Choi Yi Shan, yang masih merahsiakan nama Islamnya di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, dekat sini, Jumaat..

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, memakai tudung adalah hak sesaorang manakala sebagai ahli lembaga sekolah pula tidak boleh salah guna kuasa.

“Baguslah dah minta maaf. Saya berharap kejadian itu tidak berulang,” katanya kepada media di Sri Gombak, Sabtu.

Kejadian itu mencetuskan rasa tidak puashati banyak pihak dan mencetuskan bantahan sehingga Ah Ngang dan Chiew Swee terpaksa memohon maaf kepada guru berkenaan.

Hadir sama pada majlis permohonan maaf itu semalam adalah  Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.

Berita Berkaitan

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...