24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Penggal Kepala Majikan Kerana Berang

Akibat tidak puas hati , seorang lelaki warga Pakistan bertindak membunuh majikannya di Bentong, Pahang.

Mangsa, Harjit Singh Bachan Singh, yang juga ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dipenggal kepalanya hingga putus.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasegaran, kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang semalam di dalam dusun milik bekas doktor itu di Kampung Sertik.

Berang dengan keputusan majikannya, suspek bertindak mengambil sebilah parang dan memenggal leher mangsa.

Polis yang melancarkan gerakan memburu suspek berjaya menahannya di tepi jalan berhampiran dusun berkenaan.

Turut ditemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis juga telah mendapatkan perintah reman sehingga 29 Ogos depan di Mahkamah Majistret Bentong siang tadi.

Perintah dikeluarkan Majistret Nor Ahmeed Fahd Abdullah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.