Pengguna Facebook perlukan Messenger untuk hantar mesej - pakdin.my

FacebookMessenger

Facebook Inc tidak lagi membenarkan pengguna menghantar dan menerima mesej peribadi menerusi aplikasi telefon pintar utamanya, sebaliknya memerlukan pengguna menggunakan aplikasi mesej berasingan, menurut syarikat laman sosial itu, hari ini.

Facebook mula memaklumkan pengguna di Perancis, England dan beberapa negara Eropah lain hari ini bahawa dalam tempoh beberapa minggu lagi mereka perlu memasang aplikasi Messenger untuk menghantar dan menerima mesej.

Menurut jurucakap Facebook, Derick Mains, rancangan syarikat ialah untuk pengguna di semua negara memasang aplikasi Messenger tetapi beliau tidak dapat memberikan jadual masa untuk perubahan itu.

“Langkah itu bertujuan bagi memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang konsisten dan berkualiti tinggi,” katanya.

Aplikasi percuma dan berasingan Messenger adalah lebih pantas daripada aplikasi bina dalam Facebook. Pengguna Facebook juga boleh mengakses lebih banyak ciri dalam aplikasi Messenger seperti membuat panggilan telefon.

UTAMAGAYA HIDUPPengguna Facebook perlukan Messenger untuk hantar mesej

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium