Pengguna Malaysia belanja RM8.74b beli telefon pintar tahun lalu

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

pengguna-smartphone

Minat berterusan pengguna Malaysia terhadap telefon pintar meningkatkan jualan tahunan peranti untuk mencapai rekod jualan tertinggi baharu pada 2014, sebanyak 8.5 juta unit.

Sejajar dengan peningkatan permintaan, pasaran telefon pintar mengekalkan pertumbuhan positif bagi tahun ke-10 berturut-turut sejak peranti itu diperkenalkan di negara ini pada 2004.

Berdasarkan audit runcit GfK, pengguna-pengguna Malaysia sudah membelanjakan kira-kira AS$2.66 bilion (RM8.74 bilion) untuk peranti popular berkenaan dari bulan Januari hingga Disember tahun lalu.

Walaupun jumlah jualan meningkat, jumlah dibelanjakan pengguna menurun empat peratus berbanding 2013 akibat penurunan harga telefon pintar di negara ini.

Pengarah Urusan GfK di Malaysia, Selinna Chin, berkata sepanjang tahun 2014, kemasukan pesaing baru yang kuat di pasaran telefon

pintar menawarkan lebih pilihan pada harga lebih berpatutan kepada para pengguna.

“Permintaan mencapai puncak tertinggi pada bulan Disember yang mana jumlah jualan bulan itu hampir 769,000 unit, iaitu 106,000 unit lebih daripada bulan dengan jualan terendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pasaran di seluruh negara menunjukkan pertumbuhan yang stabil pada tahun 2014 dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan menyumbang 46 peratus daripada jumlah jualan negara.

Mengikut GfK, kenaikan jualan tertinggi disumbangkan oleh segmen telefon pintar berharga antara AS$150 hingga AS$200 (RM541-RM722).

Berbanding tahun 2013, sumbangan segmen berkenaan meningkat daripada 10 peratus bahagian pasaran kepada 16 peratus pada tahun 2014, menjadikannya segmen terbesar dalam pasaran tempatan.

“Permintaan untuk telefon pintar berharga kurang dari AS$200 (RM722) akan berterusan pada tahun 2015, didorongi aneka pilihan jenama yang sedia ada, kemajuan dalam spesifikasi teknikal, pemasaran agresif, serta penurunan harga.

Faktor utama berkenaan akan menggalakkan pengguna untuk menggantikan telefon pintar mereka.

Sementara itu, dalam kaji selidik GfK di seluruh negara, hampir separuh daripada responden menyatakan harga adalah faktor penentu terutama dalam pemilihan telefon pintar.

Kenyataan ini juga disokong oleh trend menaik dalam jualan telefon pintar dari segmen harga rendah hingga pertengahan – segmen yang dikuasai oleh pengeluar China.

Akibatnya, harga purata telefon bimbit menurun daripada AS$351 (RM1,106) pada tahun 2013 kepada AS$315 (RM1,031) pada 2014.

Dalam tahun 2014, audit runcit GfK menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus dalam permintaan telefon pintar dengan saiz skrin besar antara 4.1 inci hingga kurang 7-inci berbanding tahun 2013. Laporan terkini juga menunjukkan penembusan telefon pintar Android berterusan yang membawa sumbangan sistem operasi Android daripada 85 peratus pada tahun 2013 kepada lebih dari 90 peratus pada tahun 2014.

“Sembilan dalam sepuluh unit telefon pintar yang dijual di Malaysia menggunakan sistem operasi Android dan ini tidak menghairankan kerana 40 dalam 59 jenama telefon pintar menggunakan sistem Android,” kata Chin.

Infrastruktur rangkaian LTE negara yang semakin maju juga merangsang pertumbuhan telefon pintar dilengkapi teknologi LTE. Jualan segmen ini naik hampir dua kali ganda pada tahun 2014 berbanding tahun 2013. Pada tahun 2013, hanya 17 peratus daripada telefon pintar yang dijual dilengkapi fungsi LTE dan jualan kini telah melonjak kepada hampir 29 peratus dengan tiga dalam setiap 10 unit yang dijual dilengkapi fungsi LTE.

GFK adalah agensi penyelidikan yang beribu pejabat di Jerman.

BACA juga:

Leave a Reply