Pengguna Media Siber Dipelawa Sertai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - pakdin.my

ALOR SETAR, 10 April  — Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mempelawa pengguna media siber di Kedah dan negeri-negeri lain untuk menyertai konvensyen itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani, 14 April ini.

Pengarah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Kedah, Haniff Hassan berkata tujuan utama konvensyen itu diadakan adalah untuk menarik minat pengguna untuk bersama membantu mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan penggunaan media siber.

“Pengguna media siber seperti bloggers, pelajar-pelajar IPTA dan sesiapa sahaja boleh datang untuk berkongsi maklumat berkaitan media siber supaya kita sebagai pengguna tidak mudah percaya dengan info-info yang belum pasti kesahihannya,” katanya pada sidang media di sini Selasa.

Konvensyen berkenaan merupakan siri jelajah yang dianjurkan oleh Sekretariat 1Malaysia yang sebelum ini diadakan di Sabah, Kelantan serta Pahang dan ini merupakan kali pertama ia diadakan di Kedah.

“Saya menganggarkan seramai 1,500 hingga 1,700 peserta terutama golongan muda akan hadir kerana ini merupakan peluang yang baik untuk pihak kami dan pengguna media siber berkongsi maklumat dan mengenali satu sama lain dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Majlis yang bermula pukul 8 pagi itu akan dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Pelbagai aktiviti seperti forum dan cabutan bertuah akan dijalankan.

UTAMABERITAPengguna Media Siber Dipelawa Sertai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium