25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM BERTAMBAH DENGAN E-HAILING – AZIZ KAPRAWI

Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata aplikasi itu dapat mengatasi masalah “first and last mile connectivity” iaitu sebagai pengantara yang menghubungkan pengguna dengan pengangkutan awam lain.

20161111-ehailing

KUALA LUMPUR: Teknologi dan aplikasi e-hailing mampu menarik lebih ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata aplikasi itu dapat mengatasi masalah “first and last mile connectivity” iaitu sebagai pengantara yang menghubungkan pengguna dengan pengangkutan awam lain.

“Ini terbukti berdasarkan kaji selidik dijalankan Price Water House Coopers 59% pengguna perkhidmatan itu terdiri daripada mereka yang tidak pernah menggunakan teksi sebelum ini.

“Kaji selidik sama juga menunjukkan 52% pengguna teksi lebih gemar menggunakan aplikasi e-hailing untuk mendapatkan perkhidmatan teksi,” katanya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Logistik dan Pengangkutan bertemakan “Taxi and Uberisation Way Forward” di sini, hari ini.

Jumlah purata perjalanan direkodkan perkhidmatan e-hailing Grab dan Uber adalah antara 300,000 dan 350,000 setiap bulan.

Aziz berkata elemen itu dilihat mampu memacu perubahan perkhidmatan teksi negara di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumumkan Ogos lalu.

“Buat masa ini hanya kira-kira 14% daripada pemandu teksi menggunakan aplikasi e-hailing untuk mendapatkan penumpang,” katanya.

Beliau berkata aplikasi itu menjadi pilihan pengguna pengangkutan awam di negara ini kerana ia lebih mudah ditempah, kadar tambang lebih murah dan penumpang dapat menganggar kadar tambang sebelum memulakan perjalanan.

Selain itu, penumpang berasa selamat disebabkan ketersediaan maklumat pemandu dan kenderaan kerana mudah dijejaki melalui aplikasi e-hailing serta masa menunggu lebih singkat, katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM).

UPNM diwakili Naib Canselornya Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin manakala CILTM diwakili presidennya Datuk Abd Radzak Abd Malek.

MoU itu bertujuan berkongsi kepakaran dalam usaha membangunkan industri pengangkutan dan logistik, sekali gus menghasilkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan