Penggunaan jalur lebar naik 105 peratus enam bulan pertama 2014 - pakdin.my

myIX

Penggunaan internet jalur lebar di Malaysia meningkat 105 peratus kepada 306,970 megabait sesaat (Mbps) pada separuh pertama tahun ini berbanding 349,277 Mbps pada keseluruhan tahun lalu, demikian mengikut laporan Malaysian Internet Exchange (MyIX).

Pada Jun lalu, penggunaan internet jalur lebar melonjak 137 peratus kepada 61,771 Mbps berbanding 26,032 Mbps yang dicatat pada bulan sama tahun lalu, sekali gus menjadikan Jun adalah bulan penggunaan internet jalur lebar paling tinggi di negara ini.

Dalam laporan berkaitan, IDC Research melaporkan kadar penembusan mudah alih di Malaysia juga melebihi 140 peratus.

Peningkatan kadar penembusan itu disokong oleh peningkatan pengguna telefon pintar di negara ini susulan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Pakej Komunikasi Belia (YCP) yang dilaksanakan pada 2012.

Pengerusi MyIX, Chiew Kok Hin, berkata peningkatan penggunaan telefon pintar bersama dengan pengembangan media sosial berperanan penting dalam peningkatan besar-besaran penggunaan internet jalur lebar di negara ini dalam tempoh dua tahun lalu.

Penggunaan internet jalur lebar semakin meningkat, yang mana dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini saja jumlah penggunaan sudah hampir menyamai jumlah keseluruhan penggunaan pada tahun lalu.

“Perangkaan terkini itu menunjukkan berapa banyak data internet dan trafik kandungan digunakan pasaran komersial dan kediaman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MyIX juga melihat peningkatan jumlah rakyat Malaysia membuat pembelian secara dalam talian membabitkan laman web tempatan dan antarabangsa. Pada masa sama, kebanyakan perniagaan sudah mempunyai kehadiran secara dalam talian dan mengendalikan jumlah transaksi harian yang tinggi.

MyIX juga dikenali sebagai inisiatif Persatuan Pengendali Internet Malaysia di bawah SKMM.

UTAMAGAYA HIDUPPenggunaan jalur lebar naik 105 peratus enam bulan pertama 2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium