30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Penggunaan Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Berbahaya

kayu manis

Penggunaan kulit kayu manis jenis ‘cassia’ dan ‘cinnamon’ sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan digunakan sedikit sahaja dalam masakan.

“Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Noor Hisham berkata kementerian peka dan prihatin terhadap dakwaan media sosial bahawa kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan kulit kayu manis jenis cassia dan cinnamon adalah daripada keluarga yang sama.

Kulit kayu manis cassia turut dikenali sebagai Chinese cinnamon berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis Ceylon cinnamon yang berasal dari Sri Lanka.

Orang ramai yang merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.

Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Siti Sarah mohon maaf kepada masyarakat Orang Asli

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Orang Asli...

US study: Couples should wear mask while having sex amid Covid-19 pandemic, masturbation the safest option

As the world continues to adjust to the new normal amid the Covid-19 pandemic,...

Keputusan Sumareh ke Liga Thailand tepat

PENGHIJRAHAN Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand dianggap tepat bagi memastikan dia terus meraih minit...

City sedia tawar Messi RM2.49 bilion

MANCHESTER City sudah bersedia menawarkan Lionel Messi £450 juta (RM2.49 bilion) untuk kontrak selama...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan