31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

‘Penghapusan Etnik’ di Pulau Pinang?

 lim_guan_eng_dap_racist_rasis_nazi_hitler_penang

Agenda 13 Mei DAP untuk menghalau Melayu balik kampung dan masuk hutan adalah agenda yang berterusan.  Laungan Melayu Mati! merupakan cetusan kebencian yang tidak berkesudahan dan berakar umbi dari generasi ke generasi, dijana oleh Sekolah-sekolah vernakular.

Biarpun pada dasarnya DAP telah menjadi parti politik yang sah, namun agenda perkauman mereka tidak pernah luput.

Keadaan memihak kepada mereka apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang.  Mungkin kemenangan mereka adalah satu petunjuk bagi orang-orang Melayu yang masih enggan sedar.  Sejak DAP menguasai Pulau Pinang, parti itu tidak segan silu dan semakin rakus menjalankan agenda mereka menghalau orang Melayu dan juga India jauh dari kawasan yang ingin diduduki mereka.

Tidak cukup dengan menggunakan kuasa sebagai kerajaan negeri, mereka turut menggunakan samseng apabila ‘perlu’.  Kejadian di Nibong Tebal semalam seharusnya membuka mata semua orang-orang Melayu dan India di Pulau Pinang bahawa keputusan mereka memberi kuasa kepada DAP adalah keputusan yang salah dan memakan diri.

Dalam kejadian tersebut, samseng telah digunakan untuk menakut-nakutkan penduduk Kampung Valdor, Sungai Bakap setelah penduduk mengadakan demonstrasi dan menghalang lori pemaju dari masuk ke kawasan mereka.   Tindakan penduduk kampung tersebut adalah sebagai membantah tindakan kerajaan DAP meluluskan projek pembangunan di kawasan bersebelahan.

Projek tersebut nampaknya telah dibangunkan tanpa kajian mendalam memandangkan tiada persediaan awal bagi meningkatkan sistem perparitan.  Menurut penduduk, saluran parit telah ditimbus bagi memberi laluan kepada projek tersebut sehingga menyebabkan banjir kilat di kampung mereka setiap kali hujan lebat.

samseng ugut

Memandangkan majoriti penduduk adalah Melayu dengan segelintir India, tidak hairanlah kenapa keadaan ini berlaku.


Kita percaya, ini adalah cara halus bagi DAP untuk menghalau penduduk kampung tersebut dari tanah mereka bagi memberi laluan kepada tauke-tauke Cina untuk mengaut keuntungan dari projek pembangunan dan komersial.

Hakikatnya, apa yang berlaku di Kampung Valdor hanyalah lanjutan dari apa yang berlaku di Kg. Pokok Assam yang mana penduduknya telah dihalau dan diberi pampasan yang tidak setimpal berbanding nilai tanah yang dirampas.  Pampasan yang ditawarkan adalah RM25,000 – RM180,000 sedangkan nilai hartanah yang bakal dibina menjangkau jutaan ringgit.  Sehingga kini, difahamkan seramai 29 penduduk masih enggan meninggalkan rumah mereka dan menuntut dialog yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

Pada tahun 2010 sahaja, 6 dari 13 kampung Melayu di kawasan Jelutong telah pun dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Antara yang terlibat ialah 450 penduduk Kampung Tengah dan 200 penduduk Kg. Masjid yang ditawarkan pampasan sekitar RM14,000 – RM180,000.

Pastinya, wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju yang rata-ratanya berharga RM800,000 ke atas.  Yang menerima rumah pangsa pula kini baru menyedari bahawa nilai rumah pangsa mereka jauh terlalu rendah berbanding nilai tanah yang mereka tinggalkan.

Mahu tidak mahu, mereka ini semua pasti terpaksa berhijrah ke kawasan lain yang semestinya jauh dari pusat pembangunan dan jauh dari bandar.

Apa yang berlaku membuktikan segala amaran BN terhadap rakyat mengenai kezaliman dan sifat perkauman DAP bukanlah sekadar mainan politik.  Ia adalah benar dan sedang berlaku di hadapan mata kita semua.

Apa yang DAP lakukan adalah ‘penghapusan etnik’ secara terancang.  Lebih menakutkan, kejadian di Kg. Valdor menunjukkan bahawa pihak yang rakus ini tidak lagi pedulikan undang-undang, alam sekitar atau apa kata orang.   Walaupun samseng-samseng tersebut mungkin bukan orang suruhan DAP, namun keberanian mereka mengugut penduduk kampung merupakan ‘konsistensi’ dari sikap DAP yang begitu giat membela samseng selama ini.

Nampaknya, DAP benar-benar sedang merealisasikan slogan mereka pada 13 Mei iaitu ‘Melayu balik kampung’, ‘masuk hutan’ dan ‘mati’.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...