Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Global

All countries
233,191,017
Confirmed
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
All countries
208,217,145
Recovered
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm
All countries
4,771,772
Deaths
Updated on September 28, 2021 12:10 12:10 pm

Pengiktirafan Global Terhadap PEMANDU Bukti Malaysia Tepati Laluan Negara Maju – @NajibRazak

pemandu-bloomberg

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan keyakinan bahawa Malaysia berada pada landasan betul untuk capai status negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata ini berdasarkan kemajuan pembangunan negara berikutan kejayaan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang diiktiraf sebagai satu daripada 20 pasukan inovasi kerajaan terkemuka dunia.

“Ranking ini membuktikan Pemandu, sebagai pemangkin prestasi, telah mencerminkan bahawa Malaysia berada pada landasan betul dalam aspirasi kita untuk mencapai status negara maju.

“Kepada rakyat Malaysia, kita telah bergerak ke hadapan, pada semua tahap,” katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Yayasan inovasi United Kingdom, Bloomberg Philanthropies dan Nesta, dalam terbitan pada Isnin menyenaraikan Pemandu sebagai antara yang terbaik dalam kalangan pasukan inovasi dalam kerajaan.

Menjelaskan wawasan beliau, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau menubuhkan Pemandu pada 2009 untuk menyokong pelaksanaan Program Transformasi Negara, yang bertujuan bagi merubah Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata program itu menyasarkan transformasi bagi kerajaan dan sektor swasta melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“GTP fokus kepada memodernkan cara kerajaan Malaysia beroperasi manakala ETP memberi tumpuan kepada menarik pelaburan swasta asing dan domestik ke Malaysia,” katanya.

Laporan itu, bertajuk ‘i-teams: The teams and funds making innovation happen in governments around the world’, menyenaraikan beberapa model paling menarik untuk disarankan kepada kerajaan lain yang sedang berusaha mewujudkan ‘i-team’ mereka sendiri.

Ia juga menonjolkan pasukan-pasukan inovasi yang dibentuk oleh pihak berkuasa bandar, kerajaan wilayah dan negara untuk menawarkan penyelesaian baharu terhadap cabaran yang kompleks.

Ia berkata 20 i-team itu memperkenalkan alat, kaedah dan amalan baharu terus kepada birokrasi tradisional, menangani pelbagai isu daripada mengurangkan kadar pembunuhan dan meningkatkan pencapaian pendidikan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan melibatkan warganegara dalam perkhidmatan reka bentuk semula.

Laporan itu menyatakan bahawa sejumlah i-team di Asia sedang pesat meningkat sementara tumpuan terbesar kekal di Eropah dan Amerika Utara.

Berkaitan