Pengikut Kumpulan Tuhan Harun Dipercayai Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Ahmad Rafli - pakdin.my

Anak Allyarham, Ahmad Rafli Abdul Malek, Muhammad Amin Ahmad, 15, (kiri) dan abangnya Muhammad Abrar, 19, memapah ibu mereka Rosmahwani Abdul Wahab yang tidak dapat mengawal emosi ketika majlis pengebumian ayah mereka di tanah perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi Kuantan
Anak Allyarham, Ahmad Rafli Abdul Malek, Muhammad Amin Ahmad, 15, (kiri) dan abangnya Muhammad Abrar, 19, memapah ibu mereka Rosmahwani Abdul Wahab yang tidak dapat mengawal emosi ketika majlis pengebumian ayah mereka di tanah perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi Kuantan

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Tuhan Harun’ pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana terlibat dengan ajaran sesat dan tudahan melakukan penipuan.

Kini, ahli kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Harun Mat Saad, 47 dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaip Ahmad Rafli Abdul Malek dihadapan rumahnya pada Ahad.

Polis percaya kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tersebut menggesa 31 pengikut kumpulan berkenaan menyerah diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa mereka segera menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Saya menasihatkan agar mereka menyerah diri kerana jika tidak kita akan memburu mereka. Kita mahu menyoal siaasat mereka berhubung kes pembunuhan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di bahagian kepala di hadapan rumahnya di Mahkota 2, Kuantan selepas seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah bertemu dengannya.

Ketika dia sedang membuka pintu dan berjalan ke arah pintu pagar seorang lagi lelaki yang berpakaian sama melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Dua das tembakan terkena bahagian dada Ahmad Rafli menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, sementara satu lagi tembakan tersasar dan mengenai saluran paip rumahnya.

Khalid berkata mereka sedang menyiasat sama ada pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan tugas Ahmad Rafli sebagai ketua penguatkuasa, termasuk penyebaran ajaran Syiah serta kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.

“Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Kami meyeru semua jabatan termasuk Jabatan Menjejaki Pengganas Bukit Aman membantu siasatan. Kami telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Di satu lagi majlis di Pulau Pinang, Khalid berkata tiada bukti yang menunjukkan pengikut Syiah terlibat dalam kes tembakan berkenaan, beliau menegaskan polis percaya kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dipercayai terlibat dalam kes tembakan tersebut.

“Kami menyedari terdapat aktviti Syiah di sesetengah sekolah dan apa yang kami risaukan adalah pengikut kumpulan ini akan menjadi pelampau dan akhirnya menyertai kumpulan militan,” katanya.

Sementara itu, Ketu Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya kes pembunuhan tersebut mungkin bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan tugas Allahyarham sebagai ketua penguatkuasa dalam kes yang dikendalikannya.

Beliau berkata pihak polis akan mengawal rumah mangsa bagi memastikan keselamatan ahli keluarga Allahyarham.

Ahmad Rafli meninggalkan seorang balu, Rosmahwani Abdul Wahab, 41 , dan lima anak.

Beliau dikebumikan pada pukul 10.50 pagi Isnin di tanah perkuburan Islam, Jalan Bukit Ubi.

UTAMABERITAPengikut Kumpulan Tuhan Harun Dipercayai Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Ahmad Rafli

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium