25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Pengikut Pas Masih Setia, PAN Hanya Mendapat Undi Sokongan DAP, Kata Hadi

Pas menempelak dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerajaan kelam-kabut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali gus meminta pemimpin itu agar mencermin diri kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya yang lebih kelam-kabut.

“PH lebih kelam-kabut kerana krisis dalaman dalam satu parti dan sesama parti.

“Kita tidak sama, Alhamdulillah,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Presiden Pas di Rusila sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Mohamad dilaporkan berkata, rakyat semakin keliru dengan gabungan PN yang dilihat tidak tersusun seperti sepatutnya, termasuk dalam kalangan parti komponen susulan pengumuman MIC keluar daripada PN di samping tuntutan UMNO Terengganu untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Menurut Abdul Hadi, PAN seperti orang yang terdesak hingga terpaksa mencari talian hayat dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuk kononnya ahli Pas tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

“Kita tidak ada masalah, pengikut Pas masih setia, PAN hanya mendapat undi sokongan DAP sahaja dan hidup dengan dukungan DAP,” katanya. – Utusan

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Warisan Tumbang

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan