Pengintipan Ancaman Keselamatan dan Maruah Negara! - pakdin.my

Mengintip dan merakam perbualan seorang Perdana Menteri tanpa kelulusan hakim walau atas apa alasan pun adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.

Polis sepatutnya telah membuka satu kertas siasatan dan menyerbu bangunan SPRM bagi memastikan tiada bukti operasi gelap pasukan tersebut dimusnahkan.

Jika mereka boleh merakam dan mendedahkan perbualan telefon PM maka semua perbualan telefon Menteri, Panglima Angkatan Tentera, duta negara asing, pemimpin industri dan perniagaan boleh dirakam.

Ini bukan sahaja melanggar undang-udang perlindungan data peribadi, malah satu ancaman kepada kebebasan rakyat.

Ia juga menjadikan perbualan telefon kita semua boleh dijadikan bahan peras ugut orang tertentu kemudian hari.

Ahli Parlimen perlu membuat satu usul khas menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat penyalahgunaan pengintipan oleh agensi yang mempunyai teknologi pengitipan ini terutamanya SPRM, PDRM dan SKMM.

Suruhanjaya ini juga perlu menyiasat kemungkinan pelbagai pihak dalam negara ini mempunyai teknologi pengintipan telefon tanpa sebarang pembanterasan oleh pihak berkuasa.

UTAMAPOLITIKPengintipan Ancaman Keselamatan dan Maruah Negara!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium