28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Pengkid Diburu Bakar Rumah Kekasih

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

ROMPIN: Polis memburu seorang ‘pengkid’ yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya. “Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan