Pengkritik UMNO Di Label Pembangkang

Berkaitan

Terkini

image

Saya melihat ada perkembangan baru dalam politik UMNO. Ahli biasa dan penyokong tegar terutama yg menggunakan media social sebagai landasan telah berani dgn lantang menegur dan mengkritik apa juga perkara yg mereka anggap tidak tepat atau tidak betul.

Ini bagus kerana sesuatu itu akan jadi lebih bagus kalau teguran dan kritikan yg membina itu diambilkira dan dibuat pembetulan atau adjustment.

Tapi malangnya, ada pemimpin diperingkat bawahan menganggap perbuatan itu sebagai tidak menghormati pemimpin di peringkat atasan. Maka berlakulah labelling kononnya kalau mengkritik itu sudah mirip kpd pembangkang.

Kepada pemimpin diperingkat bawahan itu, elok muhasabah diri. Kalau ahli dan penyokong masih mahu mengkritik atau menegur, itu bermakna mereka masih sayang kpd parti, malah mereka sangat sayang kepada Negara.

Kalau pembangkang, mereka bukan mengkritik atau menegur. Mereka mempersenda dan memperlekeh. Jauh bezanya itu.

Mungkin kita boleh olah apa yang saya maksudkan dgn pemimpin bawahan. Adakah mereka itu lebih senduk dari kuah?

– Dato’ Shamsuddin Nawawi

Leave a Reply