Alor Setar: Seorang lelaki bertindak melontar bom petrol ketika anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh gerai haram di bawah jejantas di Jalan Datuk Kumbar, di sini, pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 10 pagi menyebabkan peralatan pemotong besi milik MBAS bernilai hampir RM10,000 dan gerai terbabit hangus terbakar.
Difahamkan, sebelum kejadian berlaku perang mulut antara anggota penguat kuasa MBAS dengan lelaki berusia 40-an.
Pertengkaran berlaku hampir 30 minit kerana lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa meroboh gerai berkenaan sebelum dia beredar, namun tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali membaling bom petrol dari atas jejantas menyebabkan berlaku kebakaran.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa MBAS Saifullizam Othman berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sebelum ini pihaknya sudah memberi amaran bertulis dan secara lisan kepada pemilik gerai berkenaan, namun dia didapati engkar dengan arahan yang diberikan.
“Berikutan itu, sepasukan anggota penguat kuasa MBAS, polis dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) datang ke premis itu untuk meroboh serta membersihkan kawasan terbabit.
“Bagaimanapun, berlaku kekecohan sebelum seorang lelaki tidak dikenali membaling bom petrol menyebabkan peralatan pemotong besi milik MBAS dan gerai berkenaan musnah terbakar,” katanya.
Penguat kuasa MBAS dibaling bom petrol – Gerai dan peralatan musnah https://t.co/857If3w33I
@KamaluddinIdrus awat jadi lagu tu di Selangor Kerajaan x dak Harapan ?
Penguat kuasa MBAS dibaling bom petrol – Gerai dan peralatan musnah: Alor Setar: Seorang lelaki bertindak melo… https://t.co/51zxyDoJOM
Nza Atiqa liked this on Facebook.
Mat Pe-Ning liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Penguat kuasa MBAS dibaling bom petrol – Gerai dan peralatan musnah: Alor Setar: Seorang lelaki bertindak melo… https://t.co/eBCU4WJCfx
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.