Pengumuman Rasmi Isu Perlantikan Menteri Besar Kedah Pukul 11 Pagi - pakdin.my

mb-kedah-mukhriz-letak-jawatan

ALOR SETAR: Pengumuman rasmi berkenaan isu perlantikkan Menteri Besar Kedah Darul Aman akan di adakan jam 11.00 pagi di Bilik Gerakkan Aras 4 Blok B Wisma Darul Aman.

Difahamkan bahawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar sehingga lewat malam selepas bertemu dengan Adun pembangkang pada petang Selasa.

The Star melaporkan bahawa Mukhriz telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas krisis kepimpinan di negeri itu berlarutan selama dua minggu.

Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.

Percubaan ketiga untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.

Sementara itu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya pada pukul 11 pagi Rabu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Beliau dipercayai akan mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi selepas mempertahankan jawatannnya itu sejak dua minggu lepas.

Pengumuman bahawa sidang media itu akan diadakan hari ini telah dihantar kepada media kira-kira pukul 11.00 malam Selasa, tidak lama selepas mesyuarat Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai berakhir.

UTAMAPOLITIKPengumuman Rasmi Isu Perlantikan Menteri Besar Kedah Pukul 11 Pagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium