25 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Pengundi Bertanggungjawab Terhadap Undi Yang Dibuat Ketika PRU – Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi bertanggungjawab di dunia dan akhirat terhadap undi yang dibuat pada pilihan raya umum.

Dalam entri terbaru laman sosial Twitternya, Nik Aziz yang baru sahaja dibenarkan keluar selepas menerima rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian berkta pengundi harus prihatin kerana ‘setiap perbuatan walau sebesar zarah sekali pun akan disoal.’

“Apatah lagi tangan yang memangkah kertas undi untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.

Nik Aziz berkata sesiapa sahaja yang menang dan berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya, para pegundi yang akan menerima saham kejahatan, kekejaman atau maksiat yang dilakukan oleh pihak yang menang disebabkan undi yang diberikan kepada mereka.

Dalam isu ini, beliau menggesa pengundi supaya membuat keputusan yang bijak agar mereka tidak menyesal kerana, ‘jika mereka merayu atau menangis air mata darah sekalipun’ keadaan tidak akan berubah.

Nik Aziz dikejarkan ke unit rawatan jantung HUSM selepas mengadu sakit sebaik sahaja mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Rabu lalu.

Setiausaha Sulit Kanannya, Ahmad Shargowi Derahman berkata doktor telah menasihatkan agar Menteri Besar Kelatan berehat sehingga beliau sembuh.

Sementara itu, anak lelaki beliau, Nik Abduh Nik Aziz berkata ayahnya telah dibenarkan keluar daripada hospital.

“Beliau sihat dan gembira. Alhamdulillah,” katanya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...