Pengundi Cina silap besar jika anggap Anwar penyelamat

“Selaku kaum peniaga, pengundi Cina perlu sedar apa yang berlaku kepada ekonomi negara pada 1997. Rekod Anwar pada ketika itu perlu dinilai apakah beliau berkemampuan atau sekadar bertindak mengikut telunjuk Tabung Kewangan Dunia (IMF) sehingga rakyat menderita.

 

najib cny dewan perhimpunan cina penangPengundi Cina diingatkan bahawa mereka sebenarnya tersilap besar jika menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh yang bakal menyelamat dan memberi seluas peluang kaum itu sebagaimana diharapkan.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, perkara pertama yang akan dilakukan Anwar jika terpilih menjadi Perdana Menteri ialah mengubah dasar luar terhadap negara China kerana tunduk kepada kemahuan Amerika Syarikat (AS).

Dakwanya, Anwar yang cukup dikenali dunia sebagai ‘anak emas’ AS dan pelobi Yahudi akan memastikan hasrat China untuk muncul sebagai kuasa ekonomi dunia terhalang dengan membenarkan negara Uncle Sam itu menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Selain itu, beliau juga mengingatkan pengundi Cina agar menilai kemampuan Anwar dalam menguruskan ekonomi negara dengan menjadikan kegagalan bekas Menteri Kewangan tersebut menangani krisis ekonomi Malaysia pada 1997 sebagai ukuran terbaik.

“Selaku kaum peniaga, pengundi Cina perlu sedar apa yang berlaku kepada ekonomi negara pada 1997. Rekod Anwar pada ketika itu perlu dinilai apakah beliau berkemampuan atau sekadar bertindak mengikut telunjuk Tabung Kewangan Dunia (IMF) sehingga rakyat menderita.

“Jika pengundi Cina fikir Anwar akan beri segala-gala kepada mereka itu kesilapan paling besar. Anwar merupakan alat kepada AS dan jika dia terpilih menjadi Perdana Menteri, hasrat pengundi Cina mahu melihat hubungan mesra Malaysia-China kekal akan berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional Pakatan Tak Sepakat – Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini petang semalam.

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini