Pengurusan kes saman fitnah Najib vs Malaysiakini 18 Jun - pakdin.my

MKini-sued-for-2-articles

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah pada terhadap penerbit, ketua pengarang kumpulan dan ketua editor portal berita Malaysiakini berhubung dua artikel disiarkan dalam portal berita itu pada 14 Mei lalu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan Najib dan Rauf itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Malaysiakini melaporkan, writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

Saman itu berhubung dua artikel komen pembaca yang disiarkan portal berita itu yang bertajuk “A Case Of The PM Reaping What He Sows” dan “How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu” oleh portal berita berkenaan.

Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Pengurusan kes itu telah ditetapkan pada 18 Jun ini.

Sebelum ini firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mmewakili Najib menyerahkan satu notis tuntutan saman kepada portal berita pro-pembangkang itu pada pada 15 Mei lalu.

Notis itu menuntut portal Malaysiakini untuk membuat permohonan maaf, menarik balik artikel berkenaan dan membuat akujanji tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan fitnah terhadap UMNO dan Najib,

Ia juga menuntut Malaysiakini menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati menerbitkan semula komen orang ramai secara amnya, serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan (mahkamah) berkaitan kes ini.

Segala tuntutan itu perlu dipenuhi oleh Malaysiakini dalam tempoh 48 jam, namun portal berkenaan tidak menunaikannya sebaliknya menawarkan untuk menyiarkan penjelasan.

UTAMAPOLITIKPengurusan kes saman fitnah Najib vs Malaysiakini 18 Jun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium