Peniaga dibunuh kerana hutang RM4.11j - pakdin.my

SONGKHLA – Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia Lee Ah Han di Hatyai semalam adalah kerana perselisihan perniagaan melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia, menurut polis selatan Thailand.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn berkata, maklumat perisikan polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta bath yang dibayar menggunakan cek tendang dan telah berlanjutan selama enam bulan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti ahli perniagaan tersebut.

Lee Ah Han, 54 tahun, juga dikenali sebagai Ali Baba merupakan ahli perniagaan hartanah yang mati ditembak semalam di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya Mayuree Thipmani, 42 tahun.

Mayuree cedera parah dalam kejadian tersebut.

Hari ini pihak polis yang melakukan siasatan kes pembunuhan tersebut telah mengadakan mesyuarat di balai polis Thunglung, Hatyai, Songkhla, untuk merungkai fakta kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, pegawai polis mencari bukti dan meneliti kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kawasan berdekatan untuk mengenal pasti kereta suspek.

Ah Han adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao dan beliau turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok yang melibatkan ahli perniagaan Malaysia.

rakyat-malaysia-mati-ditembak-hatyai-1

UTAMABERITAPeniaga dibunuh kerana hutang RM4.11j

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium