Peniaga Jual Peranti Ceroboh Talian Internet Didenda RM15,000 - pakdin.my

High Power Signal King
High Power Signal King

Seorang peniaga didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku membekal dan menjual 47 unit peranti yang tidak diperakui Sirim bagi menceroboh sistem jalur lebar milik pengguna lain.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu selepas Tung Lun Tak, 44, mengaku melakukan kesalahan itu di rumahnya di Bandar Damai Perdana, Cheras pada 12.30 tengah hari 22 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 239(1)(c) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tung, yang mengaku membekalkan lima unit High Power Signal King, tujuh unit Sinmax dan 35 unit WiFiSky, dihukum mengikut Seksyen 239(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes yang dibentang Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Zairulnahar Zakaria, kegiatan Tung dikesan selepas seorang pegawai SKMM membeli seunit ‘WiFi Cracker’ melalui khidmat pesanan ringkas dan membuat pembayaran dalam satu transaksi perbankan Internet.

WiFi Cracker
WiFi CrackerW

Seminggu kemudian, pegawai itu menerima WiFi Cracker’ daripada Tung Network Trading sebelum menghantar alat berkenaan untuk ujian Sirim, yang mendapati ia tidak pernah diluluskan serta dilarang penggunaannya di negara ini.

Terdahulu, Tung dan pendakwaan mengemukakan rayuan serta hujahan secara bertulis sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

UTAMABERITAPeniaga Jual Peranti Ceroboh Talian Internet Didenda RM15,000

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium