Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Global

All countries
230,231,346
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
205,234,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
4,720,846
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Peniaga Restoran Dakwa Perniagaan Terjejas Akibat Krisis Air

Pinggan pakai buang
Pinggan pakai buang

Krisis bekalan air yang melanda Selangor sejak dua bulan lepas menjejaskan peniagaaan restoran nasi kandar dan gerai makan di sekitar negeri itu, serta turut memberi impak kepada pengusaha perniagaan serupa di ibu kota.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA) Noorul Hassan Saul Hameed berkata pihaknya menerima aduan daripada lebih 600 anggotanya yang mengadu perniagaan mereka semakin merosot sejak krisis air berlanjutan.

“Kini pengusaha restoran perlu membelanjakan antara RM300 dan RM500 sehari hanya untuk menyediakan keperluan air bersih bergantung kepada kuantiti air dan termasuk kos pinggan dan cawan pakai buang,” katanya ketika dihubungi.

Catuan bekalan air di Selangor dan kawasan sekitarnya bermula apabila Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan operasi selepas paras ammonia di dalam Sungai Langat meningkat, Mac lepas.

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan keputusan menghentikan pelan catuan air di Selangor akan diumumkan minggu depan.

Noorul Hassan berkata sebagai pengusaha kedai makan, mereka kini terhimpit oleh krisis air dan merasakan seolah-olah tiada siapa peduli dengan masalah yang dihadapi mereka.

“Walaupun catuan air dilaksanakan, masalah tetap timbul dari aspek kebersihan kerana ada restoran kita yang terpaksa tutup tandas sehingga dua hari.

Bila hari ada air pula, air paip yang keluar berkeladak dan berwarna kuning, jadi peniaga juga rasa serba salah kerana kualiti makanan juga turut terjejas,” katanya.

Menurut beliau, PRESMA telah mengeluarkan memo kepada semua anggotanya agar menggunakan pinggan dan cawan pakai buang bagi meminimumkan penggunaan air selain lebih selamat digunakan.

Noorul Hassan berkata krisis bekalan air yang berlarutan itu jelas membuktikan kegagalan kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah pengurusan air dan telah menjejaskan ekonomi negeri dan kemasukan pelaburan asing.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Ahmad Selamat berkata krisis bekalan air yang berlarutan turut menjejaskan lebih 5,000 peniaga kecil dan penjaja.

“Krisis bekalan air ini menjejaskan suku daripada pendapatan penjaja terutama di kawasan Wangsa Maju, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu di sini.

Jadi, saya berharap perkara ini tidak berterusan kerana penjaja ini tiada punca pendapatan lain dan bergantung semata-mata kepada hasil perniagaan mereka, jika ada yang terpaksa tutup kedai akibat krisis air, teruklah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri haruslah memikirkan pelan jangka panjang untuk memastikan krisis bekalan air tidak berulang dan bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak dengan memberi pelbagai alasan.

Berkaitan