Penjawat awam diminta ‘ikat perut’ – Mahathir - pakdin.my

Akibat salah memilih! Kerajaan terdahulu guna RM15 billion duit Petronas untuk bajet negara boleh bagi macam-macam kepada penjawat awam dan rakyat. Rejim Pakatan Harapan DAP dah perah lebih RM80 billion minta rakyat ikat perut. Kroni dan keluarga Mahathir tersenyum berjalan ke bank.
…………

Semua penjawat awam diminta ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

…………..
https://pakdin.my/penjawat-awam

UTAMAEKONOMIPenjawat awam diminta 'ikat perut' - Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium