24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Penjelasan FELDA Terhadap Laporan The Malaysian Insight 

KENYATAAN AKHBAR
PENJELASAN FELDA TERHADAP LAPORAN THE MALAYSIAN INSIGHT
Menara Felda, KUALA LUMPUR – Jumaat, 29 September 2017: FELDA ingin membuat penjelasan berhubung satu laporan daripada The Malaysian Insight yang menemu bual beberapa orang peneroka dan penerokawati dari Felda Mayam, Sebertak dan Tementi yang terletak dalam Gugusan Bera, Pahang.
FELDA mendapati apa yang dilaporkan adalah tidak tepat kerana menurut rekod FELDA, penerokawati yang ditemubual dari Felda Mayam sebenarnya telah menerima Skim Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka sebanyak RM20,000 pada bulan April 2012, yang tidak dikenakan sebarang faedah kecuali kos pengurusan. Pendapatan penerokawati tersebut melebihi RM2,000 bagi bulan September 2017 dan bukan kurang dari RM1,000 seperti dilaporkan.
Peneroka dari Felda Tementi pula yang mengatakan pembayaran dari FELDA adalah tidak menentu sebenarnya telah menerima bayaran secara mingguan. Sejak April 2017, FELDA telah memperkenalkan Dana Pusingan RM100 juta untuk tujuan pelaksanaan pembayaran hasil secara mingguan.
Beliau juga mengatakan bahawa tidak diberikan penyata hutang apabila diminta sedangkan penyata tersebut boleh didapatkan oleh semua peneroka dari pejabat rancangan masing-masing. Penyata hutang peneroka dikeluarkan pada setiap suku tahun.
FELDA merasa kesal akan laporan-laporan yang tidak tepat malahan ini merupakan kali kedua FELDA membuat pembetulan bagi laporan yang dikeluarkan oleh portal The Malaysian Insight.
FELDA sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan warga peneroka. Pengumumam YAB Perdana Menteri berkenaan enam insentif untuk warga peneroka menjadi bukti usaha kerajaan dan FELDA dalam merangka penyelesaian jangka panjang bagi meringankan beban tanggungan peneroka seperti insentif pembayaran tunai, pelupusan sebahagian hutang serta geran khas tanam semula.
FELDA memberi peluang kepada peneroka yang keluar daripada sistem FELDA untuk kembali semula bermuafakat. Mereka ini juga bakal menerima insentif yang dinyatakan sekiranya mereka memenuhi syarat–syarat muafakat yang ditetapkan.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...