Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Penjelasan Kejadian Seorang Remaja Tidak Sedarkan Diri Selepas Menerima Vaksin Di PPV Integrasi Encore, Klebang, Melaka

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merujuk kepada kenyataan media pada 30 September 2021 oleh pihak JKN Melaka, berkaitan video tular mengenai seorang remaja yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Melaka. Setelah siasatan lanjut, terdapat kekeliruan dalam maklumat awal. JKN Melaka ingin menjelaskan bahawa terdapat dua kejadian yang hampir sama berlaku di PPV yang sama dan pada hari yang sama.

Untuk makluman, kes pertama iaitu kes di dalam video yang tular, melibatkan seorang remaja berumur 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di Melaka. Beliau mempunyai janji temu di PPV Encore pada 30 September 2021. Remaja tersebut telah tiba di PPV bersama keluarga pada jam 11:43 pagi, menerima suntikan vaksin pada jam 12.01 tengah hari dan selesai pemerhatian pada jam 12.20 tengah hari.

Semasa proses vaksinasi, remaja tersebut sangat gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian. Namun begitu selepas selesai sesi pemerhatian, dan dalam perjalan ke kawasan parkir kenderaan, remaja tersebut secara tiba-tiba lemah dan rebah sehingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya masuk semula ke PPV bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja tersebut adalah stabil dengan vital signs (tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darah) adalah normal. Pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja berkenaan menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang. Panggilan telefon susulan kepada keluarga selepas itu mendapati remaja tersebut sihat dan aktif seperti sedia kala.

Siasatan lanjut mendapati remaja tersebut tidur awal sebelum hari kejadian, telah mengambil sarapan pagi dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau alahan sebelum ini. Kejadian tersebut disebabkan remaja tersebut terlalu gementar dan menyebabkan beliau mengalami “vasovagal attack” (pengsan).

Kes kedua pula melibatkan seorang remaja berumur 12 tahun dari sebuah sekolah rendah di Melaka yang hadir secara walk-in bersama keluarga ke PPV Integrasi Encore, Klebang pada 30 September 2021. Remaja kedua tersebut tiba di PPV Encore pada jam 12.20 tengah hari dan telah diberikan vaksinasi pada jam 12.49 tengah hari. Semasa proses vaksinasi, remaja tersebut juga dilihat gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan sepanjang proses vaksinasi dan tempoh pemerhatian.

Setelah keluar dari bangunan PPV, remaja tersebut mengadu sakit kepala dan kemudian lemah sebelum dibawa masuk semula ke PPV. Pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja tersebut juga stabil dengan vital signs yang normal. Pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja berkenaan menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang. Panggilan telefon susulan kepada keluarga selepas itu mendapati remaja tersebut sihat dan aktif seperti sedia kala.

Hasil siasatan lanjut mendapati, remaja kedua tersebut telah tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi. Selain itu, beliau juga tidak berselera makan dan hanya makan sesudu nasi lemak pada pagi itu. Remaja tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sebarang sejarah alahan sebelum ini. Kejadian ini disahkan berlaku disebabkan gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum vaksinasi.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Harian Metro

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Berkaitan