Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Global

All countries
232,357,945
Confirmed
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
All countries
207,249,832
Recovered
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am
All countries
4,758,738
Deaths
Updated on September 26, 2021 11:07 11:07 am

Penjelasan Muhyiddin sokong Ismail jadi PM sangat canggung, kata Khaled

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin menyifatkan alasan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyokong Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri kerana tidak mahu Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa, sebagai sangat canggung.

Katanya, penjelasan Muhyiddin itu sekadar cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya, sedangkan hakikatnya kejatuhan PN disebabkan desakan ketidakyakinan rakyat dan juga antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadapnya.

“Kedua, beliau (Muhyiddin) sebenarnya sedar pendirian untuk menganggap Umno secara umum sebagai pendukung kleptokrat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil Umno.

“Ketiga, penolakan beliau kepada PH dan sebahagian pemimpin Umno adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.

“Ini kerana, Perdana Menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai pendekatan baharu dan tidak terdapat sebarang bangkangan daripada beliau dalam hal ini,” katanya dalam catatan di Facebook.

Bekas menteri persekutuan itu berkata, semua perkara itu jelas menunjukkan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu sebenarnya tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap.

Katanya, Muhyiddin sebaliknya selesa menukar-nukar pegangan semata-mata untuk mewajarkan tindakannya yang mahu kekal dalam kerajaan.

“Malah, ini adalah satu cubaan terdesak untuk kini tampil sebagai penyelamat Malaysia.

“Adalah jelas Muhyiddin sekadar memberi helah dan mahu mengelirukan kita. Dah diberi ruang dan peluang bertaraf menteri, fokus sajalah kepada peranan dan tanggungjawab baharu yang telah diberi.”

Semalam, Muhyiddin menepis tuduhan kerajaan terdahulu pimpinannya “gagal” dan berkata beliau menyokong Ismail sebagai Perdana Menteri untuk menghalang PH menerajui negara dengan sokongan kumpulan kleptokrat.

Dalam ucapan sempena ulang tahun Bersatu kelima, Muhyiddin selaku presiden parti itu berkata, kerajaan pimpinannya selama 17 bulan berjaya mengekang pandemik Covid-19, meskipun dituduh sebaliknya.

Beliau berkata, kadar vaksinasi tinggi dan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi serta penurunan mendadak jumlah pesakit Covid-19 ketika ini membuktikan kejayaan kerajaan terdahulu yang dipimpinnya.

Berkaitan