Penjelasan Wahid Omar pengurangan 20 sen subsidi petrol - pakdin.my

ABDUL WAHID OMAR

Susulan pengurangan subsidi petrol yang berkuatkuasa 2 Oktober lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa mengurangkan subsidi minyak secara berperingkat.

Katanya tahun lepas Malaysia telah membelanjakan RM23.5B untuk subsidi petrol, diesel dan LPG.

Ia adalah lebih 11% dari jumlah pendapatan negara.

Malah tambahnya aktiviti penyeludupan dan ketirisan yang berlaku menyebabkan Negara terpaksa menanggung beban yang agak tinggi.

“Jumlah subsidi RM68.5B utk 3 tahun 2011-2013 amat tinggi. Banyak ketirisan walaupun KPDNKK telah banyak melakukan Ops titik / operasi mencegah penyuludupan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya ketika jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak dua billion liter sebulan.

“Maka dengan pengurangan subsidi 20 sen seliter bermakna kita jimat subsidi RM400 juta sebulan atau RM4.8 bilion setahun,” katanya.

Menurut Wahid penjimatan ini akan digunakan untuk membina kemudahan pengangkutan awam, hospital, sekolah dan lain-lain infrastruktur untuk kegunaan rakyat juga.

Ini kerana katanya banyak pembinaan hospital, penambahbaikan sekolah tertangguh sebelum ini kerana kekurangan peruntukan.

Selain itu, Wahid memaklumkan ia juga dapat meningkatkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

“Baki digunakan utk mengurangkan defisit balanjawan negara kepada 3.5% tahun ini & 3.0% tahun 2015. Ini perlu utk mengelakkan dari kadar penarafan kredit antarabangsa kita diturunkan dari taraf A3/A-,” katanya lagi.

Tambahnya sekiranya ia berlaku, kos pinjaman akan meningkat, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas.

“Memandangkan subsidi telah dikurangkan 20 sen, Inflasi dijangka kekal sekitar 3.3% sehingga Mac 2015,” ujarnya.

Jelasnya lagi dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhirmatan (GST) April 2015, inflasi dijangka meningkat kepada kadar 5% sehingga Mac 2016 sebelum kembali kepad paras 3%.

Sehubungan itu, peningkatan kadar BR1M dan pelepasan cukai diharap dapat membantu meringankan kos sara hidup.

UTAMAEKONOMIPenjelasan Wahid Omar pengurangan 20 sen subsidi petrol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium