Penjenayah Mati Ditembak - pakdin.my

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
“Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul.”

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


UTAMABERITAPenjenayah Mati Ditembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium