27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Penjualan ikan basung di pasar Kota Kinabalu terhad?

basungKOTA KINABALU: Desas desus fenomena air merah beracun yang melanda perairan ibu negeri telah menyebabkan sebilangan para peniaga di pasar basah menghadkan penjualan ikan basung.

Tinjauan ke pasar besar bandaraya kelmarin mendapati hanya segelintir peniaga sahaja yang menjual ikan basung, selainnya adalah ikan laut dalam, sotong, ketam dan udang.

Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Justin, 32, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa fenomena air merah beracun melanda perairan namun telah dimaklumkan oleh rakan-rakan lain untuk mengurangkan penjualan ikan basung.


“Pada mulanya, saya tidak mengetahui perkara ini dan ada menjual ikan basung yang dibeli daripada pemborong tetapi berkemungkinan ia adalah dari perairan daerah yang lain.

“Saya kemudiannya memutuskan untuk menghentikan sementara penjualan ikan basung setelah mengetahui berlaku fenomena air merah beracun bagi mengelak daripada kejadian tidak diingini,” katanya.

Pada 4 Disember lepas, amaran telah dikeluarkan kepada orang ramai supaya mengelak daripada memakan pelbagai jenis kerang dan ikan seperti basung dan tamban berikutan fenomena air merah beracun di perairan ibu negeri.


Satu kenyataan dari Pejabat Daerah Putatan pada hari berkenaan telah memberitahu masyarakat setempat mengenai fenomena berkenaan selepas dimaklumkan oleh Jabatan Perikanan Negeri.

Amaran terbabit mengatakan orang ramai dilarang memakan sebarang jenis kerang seperti tiram, dalus, remis serta ikan basung dan tamban berikutan fenomena berkenaan.


Antara simptom awal sekiranya memakan kerang atau ikan beracun, seseorang individu itu akan berasa mual dan mengalami lumpuh otot.

Had yang dianggap paling rendah tahap berbahaya untuk manusia ialah 400 MU yang membolehkan amaran dikeluarkan kepada orang ramai mengikut standard prosedur operasi (SOP) Jabatan Perikanan.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan