Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Global

All countries
228,952,408
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
203,830,768
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
4,700,282
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Penolong Jurutera Awam JKR didenda mengaku terima rasuah

SEREMBAN – Seorang Penolong Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) didenda RM1,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,000 bagi pembinaan sebuah dewan badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau, lapan tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Abdullah, 45, membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

Madihah sebelum itu membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali untuk mengguna pakai Take Into Consideration (TIC) bagi tiga lagi pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh yang diwakili peguam Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & CO bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Abdul Halim yang ketika kejadian bertugas sebagai Juruteknik JKR Gred J17 didakwa menerima suapan RM5,000 daripada Abu Azman Yaacob, wakil sebuah syarikat pembinaan sejak Februari hingga Mei 2013 secara berperingkat melalui empat transaksi bank secara dalam talian.

Wang tersebut sebagai balasan bagi mempercepatkan urusan memperakukan kerja-kerja yang dijalankan oleh Qudhrat Engineering Construction (QEC) iaitu sebagai kontraktor yang dilantik bagi projek pembinaan dewan badminton di SMK Rantau, Negeri Sembilan bernilai RM2.18 juta.

Kesalahan itu dilakukan menerusi pindahan wang dari sebuah bank di Kuala Klawang, Jelebu pada 8 Februari hingga 7 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berkaitan