25 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Suami

Ladinah Dolah Asli bunuh suami

TEMERLOH: Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan membunuh suaminya di rumah mereka dekat sini Khamis lalu.

Tertuduh Ladinah Dolah Asli, 33, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding sekadar mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Wanita bertubuh kecil itu didakwa membunuh Awang Mohamad, 42, antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 30 Jun lalu di rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar,Chenor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Irmawathy Mohamad Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ahmad Faizadh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh menjalani penilaian psikiatri dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.