PASIR MAS – Seorang penoreh getah maut dilanggar sebuah kereta ketika menukar tayar keretanya yang pancit.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi di jalan pintas Kampung Banggol Chicha, di sini, mangsa, Marina Yusof, 35, bersama anaknya, Naziatul Muawiah Zainuddin, 15, dalam perjalanan menghala ke Pasir Mas.
Ketika sampai di lokasi, tayar sebelah kanan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka pancit dan mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk menukar tayar.
Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Ibrahim Saad, berkata ketika sedang menukar tayar itu, mangsa dan anaknya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang datang dari belakang mereka.
“Mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala, manakala anaknya yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pasir Mas,” katanya.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva itu masih belum hadir ke balai polis untuk membuat laporan dan usaha mengesan sedang dijalankan.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Penoreh Wanita Maut Ketika Menukar Tayar Kereta, Anak Parah https://t.co/B65bajatQb
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Suraiya Jaffar liked this on Facebook.
Cemperas Apit liked this on Facebook.
Yazie Apache liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Mohd Omar liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Khai Caleto’s liked this on Facebook.
Ayaq Hangat Menggelegak liked this on Facebook.
Ariffin Firdaus liked this on Facebook.
Abe Kontrafasia liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Firda Ayu liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Mohd Hakimi liked this on Facebook.
Rosnizana Mohd Soud liked this on Facebook.
Penoreh Wanita Maut Ketika Menukar Tayar Kereta, Anak Parah: PASIR MAS – Seorang penoreh getah maut dilanggar … https://t.co/oqrMGCkAbn
Nor Intan liked this on Facebook.