Penoreh Wanita Maut Ketika Menukar Tayar Kereta, Anak Parah - pakdin.my

penoreh-maut-ketika-tukar-tayar

PASIR MAS – Seorang penoreh getah maut dilanggar sebuah kereta ketika menukar tayar keretanya yang pancit.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi di jalan pintas Kampung Banggol Chicha, di sini, mangsa, Marina Yusof, 35, bersama anaknya, Naziatul Muawiah Zainuddin, 15, dalam perjalanan menghala ke Pasir Mas.

Ketika sampai di lokasi, tayar sebelah kanan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka pancit dan mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk menukar tayar.

Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Ibrahim Saad, berkata ketika sedang menukar tayar itu, mangsa dan anaknya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang datang dari belakang mereka.

“Mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala, manakala anaknya yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pasir Mas,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva itu masih belum hadir ke balai polis untuk membuat laporan dan usaha mengesan sedang dijalankan.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITAPenoreh Wanita Maut Ketika Menukar Tayar Kereta, Anak Parah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium