26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Pensyarah di Makkah bunuh bapa, adik, tikam ibu

MAKKAH: Seorang pensyarah universiti dipercayai menikam mati bapa dan adik perempuannya berusia 20 tahun sebelum menyerang ibunya dan cuba membunuh diri di Al-Shouqiyah dekat sini, lapor sumber tempatan.

Pembunuhan berganda yang berlaku pada Khamis lalu itu begitu mengejutkan komuniti akademik di seluruh Arab Saudi.

Bekas Rektor Universiti Umm Al-Qura, Adel Ghabashi, berkata apa yang lebih mengejutkan lagi adalah hakikat bahawa penjenayah adalah seorang pensyarah universiti.

“Pihak universiti perlu menjalankan pemeriksaan status mental pekerjanya secara berkala,” kata Gabashi.

Tambah sumber, ketika kejadian ibunya yang cedera berjaya melarikan diri dan mengunci suspek di dalam rumah.

Dia kemudian lari ke rumah jiran sebelum menghubungi polis.

Wanita itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kini semakin pulih,” kata sumber itu lagi.

Kes itu akan diserahkan ke Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam hari ini.

20161009-biro-siasatan-saudi

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.