Pensyarah wanita ditahan SPRM susulan tuntutan RM14 juta - pakdin.my

pensyarah-ditahan-sprm-rasuah

ALOR SETAR: Seorang pensyarah wanita berusia lingkungan 40-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran program membabitkan nilai kira-kira RM14 juta.

Sumber berkata, suspek yang juga pensyarah kanan di sebuah universiti awam di utara, ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM negeri di Bangunan Persekutuan, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam untuk membantu siasatan berhubung dakwaan itu yang dikatakan dilakukan ketika suspek menjadi Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

“Berdasarkan maklumat, suspek yang berasal dari Perlis membuat tuntutan RM14 juta untuk kira-kira 300 program dianjurkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) melalui CUIC, di bawah Kementerian Pelajaran (ketika itu Kementerian Pengajian Tinggi) antara 2012 dan 2015.

“Bagaimanapun timbul keraguan dalam isu terbabit dan SPRM sehingga kini masih menyiasat tuntutan membabitkan nilai peruntukan kira-kira RM14 juta dibuat melalui lebih 10 syarikat.

“Sehingga kini siasatan dilakukan SPRM hanya mengenal pasti RM500,000 daripada keseluruhan RM14 juta tuntutan dibuat, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Justeru, suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan siasatan dilakukan, namun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, pensyarah wanita terbabit dibawa ke Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

UTAMABERITAPensyarah wanita ditahan SPRM susulan tuntutan RM14 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium