Penternak dikompaun RM1,500 ketika tambat lembu

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Beragak-agak lah kalau nak menyaman pun.. Dah tentu pakaian yang dipakai untuk mengembala lembu. Bukannya dia pergi berjalan-jalan atau bersesak di tempat awan atau ramai orang. Covid-19 bukannya airborne. 

KOTA BHARU – Seorang penternak lembu terkejut selepas menerima kompaun berjumlah RM1,500 ketika sedang menambat dua ekor lembu kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Pasir Tok Kambing di sini hari ini.

Nik Azman Nik Lah, 58, berkata, dia menerima kompaun itu pada pukul 11 pagi ketika berada di tepi jalan sambil melihat dua ekor lembunya sedang makan rumput.

Katanya, ketika itu, dia didatangi oleh seorang penduduk yang menunggang motosikal sambil membawa rumput sebelum menyatakan hasratnya untuk membeli lembu.

“Sebaik sahaja menyedari kereta peronda polis, lelaki itu terus memecut laju motosikalnya dan meninggalkan saya seorang diri.

“Ketika itu, saya tidak memakai pelitup muka kerana hanya mahu menambat lembu berhampiran rumah. Saya terkejut apabila salah seorang anggota polis meminta kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun. Saya telah memohon maaf beberapa kali kepada anggota itu, namun tidak diterima,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nik Azman berkata, anggota polis terbabit kemudian menyerahkan kompaun berjumlah RM1,500 dan perlu menjelaskannya sebelum 9 Jun depan.

Katanya, dia amat terkilan apabila polis tidak menerima penjelasannya yang keluar berhampiran rumah hanya untuk menambat lembu.

“Saya tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun itu kerana tiada pekerjaan tetap. Saya hanya menternak dua ekor lembu itu untuk dijual pada Hari Raya Aidiladha nanti.

“Saya juga mempunyai lapan orang anak yang perlu ditanggung. Saya tiada wang untuk jelaskan kompaun itu,” katanya.-K!ONLINE

BACA juga:

Leave a Reply