Penulis blog Milo Suam ditahan polis, direman dua hari - pakdin.my

Team Milo SuamPolis telah menahan aktivis media sosial, Yusuf Al Siddique Suratman atau lebih dikenali sebagai Milo Suam berhubung penyiaran dua artikel berserta gambar di dalam blog miliknya.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 12.07 tengah malam tadi.

Dua artikel itu adalah berhubung penyiaran satu dokumen rasmi PDRM berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, lelaki itu direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

UTAMABERITAPenulis blog Milo Suam ditahan polis, direman dua hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium