[Video] Penumpang teksi maut, empat cedera nahas empat kenderaan - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di hadapan Viva City Jalan Loke Yew di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Khairul Azmi Jaafar berkata, dalam kejadian 1.27 tengah hari itu mereka yang cedera terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurutnya, 20 anggota dari BBP Pudu dibantu Bandar Tun Razak, Cheras dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan Perodua Axia, teksi, lori dengan sebuah motosikal. Wanita yang maut merupakan penumpang teksi yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

“Mayat mangsa dihantar ke HUKM untuk bedah siasat, sementara empat mangsa yang cedera ringan turut dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan,” katanya.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

UTAMABERITA Penumpang teksi maut, empat cedera nahas empat kenderaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium