Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

Berkaitan

Terkini

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren.

Susulan amaran yang dikeluarkan oleh Ireland, pihak kesihatan menggesa orang awam mengikut garis panduan bagi mencegah penularan wabak.

Tindakan lelaki itu dirakamkan semasa tren DART dalam perjalanan ke Howth pada pukul 6 petang waktu tempatan, Khamis lalu.

Seorang penumpang, Cian Brady membuat gurauan: “Kenapa perlu memakai topeng muka kalau pakai seluar dalam pun boleh.”

Bercakap kepada Dublin Live: “Tiada sesiapa yang menegurnya, tak ramai yang menyedari apa yang dipakainya pada muka.

“Di sebalik topeng muka, saya tak berhenti ketawa. Pakailah topeng muka yang betul!”

Pemakaian topeng muka di dalam pengangkutan awam adalah diwajibkan di Republik Ireland, bermula awal bulan ini. – Mirror

Leave a Reply