Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Maut Rempuh Kereta Di Lebuhraya Utara Selatan Berhampiran Bukit Beruntung - pakdin.my


——

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut setelah motosikalnya hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan, siang tadi.

Mohd Kamali Mohd Daud,Nahas menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan, manakala motosikalnya terseret sejauh 100 meter di tengah lebuh raya.

Kemalangan  berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi di kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, kira-kira dua kilometer selepas susur Bukit Beruntung.

Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi ini ditunggang berseorangan oleh mangsa yang dalam perjalanan dari arah utara.

Sebaik melepasi satu selekoh tajam, motosikalnya dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas sebelum merempuh sebuah kereta.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Kamali Mohd Daud, 40 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Pemandu kereta yang berusia 25 tahun ini bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

UTAMABERITAPenunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Maut Rempuh Kereta Di Lebuhraya Utara Selatan Berhampiran...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium